Friday, January 27, 2012

Urrmmmm... O.o"



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, 



                            menyediakan waktu tertawa  kerana tertawa  itu muziknya jiwa, 


                         menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 


                     menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,


            menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu, 




 menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.




TAJUK 2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


ENJIN PENCARI


  • Software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
  • Tujuan (dalam konteks pendidikan)
    • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
    • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.


JENIS ‘ENJIN PENCARI’



www.google.com


www.yahoo.com



DIMANAKAH ENJIN PENCARI BOLEH DILIHAT?

Tempat yang selalu kita dapat lihat :

Internet 



Komputer atau laptop (intranet)







Halaman dalam Microsoft Office Word




Halaman dalam  internet



Cara mengkategorikan maklumat
  • Video
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan
  • Gambar
  • Ruangan


Bagaimana mendapat maklumat di Internet ?





  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan) dan Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


Urrmmm... O.o"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan

sebagai peluang untuk mengasah potensi manakala  orang yang tidak 


cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang 

menyebabkan kemundurannya."














TAJUK 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



1.1 Menggunakan web, video, audio dan imej

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti :
  • Pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  •  Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
  • Contoh alamat pembekal maklumat internet:


  • Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
  • Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com
  •  Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
  •   Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
  •   Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
  • Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
  •  Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
  • Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunakan bahan yang diperoleh daripada internet.
  • Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
  •  Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1

1.2       Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan  pengajaran bahasa Melayu.



  •  Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
  • Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik Websearch dan anda akan diberikan beberapa pilihan.
  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan ‘resipi’ + ‘masakan’.
  •   Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda ´ ´seperti ´resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
  • Setelah anda menemui apa-apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu
1.3       Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

           1.3.1   Alamat Internet
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
  • Setelah di klik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
  • Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan kedalam fail Word.
  • Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi
  •  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
  • Sebagai contoh yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
  • Contoh:
Memperkasa Pantun Melayu

Menambah Nilai Buku


           1.3.2 Katalog Alamat Internet
  •  Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  •  Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  •  Sediakan kotak seperti ini:


Tajuk


URL


Sinopsis



Contoh:

Tajuk
Tatabahasa: Penjodoh Bilangan
URL
Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.



"Yang Bulat Tak Datang Bergolek, Yang Pipih Tak Datang Melayang"

(^.^)v

Friday, January 13, 2012

PROFILE PELAJAR


BAKAL GURU MUDA (^.^)





NAMA 
NABILA BINTI BAHARUDIN

NO. KAD PENGENALAN
910414-01-5484

NO. MATRIK 
1665

KULIAH/ AMBILAN
PISMP 3.07/ AMBILAN JANUARI 2011

PENGKHUSUSAN
BAHASA MELAYU/ PENDIDIKAN JASMANI /KAJIAN SOSIAL

ALAMAT
TAMAN RAKYAT, PT SEMERAH, 
82000 PONTIAN, JOHOR.

KOLEJ KEDIAMAN
SITI AISHAH (BLOK D)

NAMA BAPA
BAHARUDIN BIN MURAD

NAMA IBU
ESNAH BINTI HJ. ABD SAMAD

E-MAIL 
nabilabaha@gmail.com


BUKAN MUDAH UNTUK BERJAYA
BUKAN SUSAH UNTUK GAGAL




PROFORMA BMM3105


Hasil Pembelajaran

1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


TAJUK-TAJUK :

1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 Menggunakan web, video, audio, dan imej
 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain

5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
 Struktur Linear
 Struktur Rangkaian

7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
 Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
 Membina bahan.

8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
 Prosedur pengeditan
 Prinsip pengeditan
 Melaksanakan pengeditan
 Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
 Membina bahan video dan audio
 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
 Konferensi secara dalam talian
 Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
 Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
 Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
 Memanipulasi animasi dalam persembahan

14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
 Mengadakan seminar
 Mengadakan pameran