Friday, January 27, 2012

TAJUK 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



1.1 Menggunakan web, video, audio dan imej

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti :
  • Pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  •  Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
  • Contoh alamat pembekal maklumat internet:


  • Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
  • Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com
  •  Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
  •   Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
  •   Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
  • Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
  •  Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
  • Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunakan bahan yang diperoleh daripada internet.
  • Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
  •  Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1

1.2       Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan  pengajaran bahasa Melayu.



  •  Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
  • Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik Websearch dan anda akan diberikan beberapa pilihan.
  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan ‘resipi’ + ‘masakan’.
  •   Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda ´ ´seperti ´resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
  • Setelah anda menemui apa-apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu
1.3       Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

           1.3.1   Alamat Internet
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
  • Setelah di klik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
  • Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan kedalam fail Word.
  • Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi
  •  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
  • Sebagai contoh yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
  • Contoh:
Memperkasa Pantun Melayu

Menambah Nilai Buku


           1.3.2 Katalog Alamat Internet
  •  Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  •  Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  •  Sediakan kotak seperti ini:


Tajuk


URL


Sinopsis



Contoh:

Tajuk
Tatabahasa: Penjodoh Bilangan
URL
Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.



"Yang Bulat Tak Datang Bergolek, Yang Pipih Tak Datang Melayang"

(^.^)v

No comments:

Post a Comment